.
Promosi
.

11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.

Pertama - Menutup mulut golongan agama dengan memberi kuasa dan pangkat dengan itu mereka akan menjadi Syaitan Bisu dan membiarkan kezaliman pemimpin supaya masyarakat berfikir seolah-olah Islam membenarkan pemimpin berlaku zalim dan rakyat seolah wajib taat pada kezaliman tersebut.

Kedua - Menutup mulut golongan agama yang menerangkan hukum Islam dan yang menentang kemaksiatan dan kezaliman kepimpinan pemimpin dengan memasukkan mereka ke pusat tahanan tanpa bicara dan tanpa memberitahu kesalahan mereka dan menuduh mereka golongan komunis.Maka rakyat akan berfikir bahawa golongan agama tersebut kononnya golongan komunis dan masyarakat akan menyokong kezaliman pemimpin.

Ketiga - Menguasai sistem pendidikan untuk memansuhkan pelajaran tulisan jawi untuk memastikan masyarakat semakin jahil. Menghalang mana-mana sekolah khususnya sekolah agama dari memahami Islam secara menyeluruh kerana pelajar tersebut akan menjadi da'ie dan jundullah yang bakal mengungat kuasa pemimpin zalim. Ia akan membuatkan masyarakat bertambah jahil dari membaca dan memahami al Quran dan as Sunnah. Maka kejahilan masyarakat akan menguntungkan pemimpin yang zalim untuk terus berkuasa.

Keempat - Turut mewajibkan kelas tarian kepada semua sekolah termasuklah sekolah agama dengan menjadikan artis-artis yang rosak akhlak sebagai idola , maka pelajar akan sentiasa leka dengan hiburan dan belajar sekadar untuk lulus dann bukannya menjadi individu Muslim dan Mukmin. Kelembapan minda pelajar-pelajar berkaitan agama akan mengurangkan jumlah da'ie dan jundullah yang bakal menentang kezaliman pemimpin pada masa akan datang.

Kelima - Menambah dana untuk hiburan seperti di televisyen dan kelab malam. Hiburan melalaikan tersebut akan melalaikan masyarakat untuk mereka sentiasa "bersyukur" atas keamanan dalam melakukan maksiat. Masyarakat akan "istiqomah" dalam berhibur dan tidak mempedulikan sistem politik dan kepimpinan negara maka masyarakat yang "bersyukur" dan "istiqomah" tersebut akan terus menyokong kezaliman pemimpin.

Keenam - Perbanyakkan program-program bantuan namun berjenamakan parti politik dengan menggunakan dana kerajaan maka dengan itu masyarakat yang sentiasa "bersyukur" dan "istiqomah" tersebut akan terhutang budi dengan parti politik pemimpin yang zalim dan berfikiran seolah-olah dana tersebut hak milik parti politik tersebut dan bukannya milik seluruh rakyat. Maka minda masyarakat akan berfikir jika parti politik lain yang memerintah maka tiada dana kerana kesemua dana adalah milik parti politik pemimpin yang zalim maka dengan itu masyarakat akan terus menyokong parti politik pemimpin yang zalim demi memastikan mempunyai dana bantuan.

Ketujuh - Permainkan isu agama dan perkauman. Masyarakat akan bertelagah dan lupa kezaliman pemimpin dan mereka akan menyajak perpaduan atas tiket sesama bangsa untuk mengekal kuasa pemimpin yang zalim walaupun hakikatnya perpaduan tersebut adalah untuk kepentingan kroni. Maka masyarakat akan lupa perpaduan wajib atas dasar Islam dan terus bersatu demi kroni serta sanggup di zalimi yang kononnya untuk kebahagian anak cucu.

Kelapan - Menghalang atau menyekat mana-mana blogger yang membongkar kezaliman pemimpin dan membiarkan blogger-blogger lucah terus berleluasa untuk memastikan masyarakat "fokus" mencari kepuasan seks dan terlupa untuk mencari kesahihan informasi di internet. Apabila masyarakat dahagakan seks dan tidak mempunyai informasi yang jelas maka setiap informasi yang membodek kerajaan yang zalim akan didengar dan terus telan.

Kesembilan - Sekat suara mahasiswa dan ilmuan di universiti dengan mengatakan seandai mereka mengambil tahu hal elwal politik maka pembelajaran dan pengajaran mereka di universiti akan terjejas. Menaikkan pangkat mana-mana ilmuan di universiti dengan syarat mereka perlu "PEKAK" terhadap isu samasa. Dan juga memastikan mahasiswa yang "PEKAK" terhadap isu semasa dan yang sentiasa "bersyukur" dinaikkan menjadi pemimpin mahasiswa dengan itu mahasiswa yang peka terhadap isu semasa akan dikongkong dari menentang kezaliman pemimpin.

Kesepuluh - Ketika pemimpin dan kroni mengaut harta rakyat dengan menaikkan harga barang atau minyak atau apa saja dan ketika masalah kepimpinan sedang berlaku (seperti tanah negara terjual ke negara lain) sila buat provokasi fitnah seks dan berbagai jenis fitnah ke atas musuh parti politik serta memperbanyakkan hiburan secara maksimum secara tiba-tiba untuk memastikan masyarakat lupa bahawa hartanya dan harta negara sedang dikikis.

Kesebelas - Buat satu trademark seperti 1 Israel di mana dengan menyamatarakan cara kehidupan setiap masyarakat tidak kira agama dengan menyebabkan cara kehidupan masyarakat Islam tidak mengikut kaedah Islam tetapi mengikut kaedah campur agama atas tiket keperbagaian agama dan bangsa. Maka akan wujud sebilangan golongan yang menyokong kemaksiatan pemimpinan seperti menyokong penambahan kelab malam atas tiket keperbagaian agama dan bangsa walaupun hakikatnya masyarakat Islam menjadi mangsa hiburan melalaikan.

Untuk melaksanakan 11 tip ini memerlukan dana kewangan yang banyak dan masa cukup lama namun saya amat yakin pemimpin yang zalim mampu melaksanakan 11 tip tersebut untuk terus berkuasa dalam kezaliman. 

Dan untuk memastikan 11 tip ini terlaksana mungkin pemimpin yang zalim boleh memastikan Syaitan Bisu  untuk "istiqomah" berdoa keterusan kekuasaan pemimpin tersebut.


Wallahua'lam.

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com