Bismillahirrahmaanirrahiim,
Laporan Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu.
Frank La Rue, pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi, lapor KeadilanDaily.
PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah ‘mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan’.
Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai.
Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.
Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyukarkan peluang ia dipilih semula.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan pihak berkuasa bertindak ganas terhadap orang ramai Sabtu lalu, meskipun rakaman video di internet menunjukkan sebaliknya.
Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 orang ditangkap pihak berkuasa.
Saya amat bersetuju tindakan PBB yang menyelar Malaysia kerana memperlekehkan hak bersuara secara aman kerana selagi mana hak bersuara itu menuntut keadilan dan hak rakyat itu sendiri kerana hak setiap rakyat perlu diberikan secara adil dan pemimpin perlu memimpin secara adil.
Tindakan menggunakan jentera kerajaan untuk menghalang dan menyerang himpunan suara rakyat yang berlaku secara aman adalah tindakan yang bercanggah dengan demokrasi antarabangsa dan perlembagaan persekutuan itu sendiri. Malah tindakan tersebut amat bercanggah dengan Islam kerana pemimpin perlu berlaku adil dan bukannya menggunakan kuasa sesuka hatinya.
Rakyat berhak berhimpun secara aman untuk menyuarakan ketidakadilan yang sedang berlaku dan rakyat berhak menegur ketempangan SPR dalam melaksanakan pilihanraya, ini kerana ketempangan tersebut akan mencabuli sistem pilihanraya yang mana ia termaktub di dalam sistem demokrasi.
Saya bukanlah menyokong 100% sistem demokrasi namun saya menyokong mana-mana sistem di dalamnya yang mampu memberikan keadilan kepada rakyat , menghukum pihak yang bersalah dan memartabatkan Islam , ini kerana sistem kuku besi lebih zalim dan membawa mudarah daripada sistem demokrasi. Ini kerana sistem kuku besi menyekat suara golongan agama dan berlaku juga pembunuhan terhadap golongan agama namun di dalam sistem demokrasi golongan agama diberikan ruang untuk mempelajari dan menyebarkan syiar Islam , maka sistem ini perlu digunakan sebaiknya untuk memastikan syiar Islam tersebar luasnya dan bukannya digunakan tanpa batasan Islam.
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Post a Comment