Bismillahirrahmaanirrahiim,
Ketika insan lain mengajak untuk berjuang,
Mereka mengkritik bukan kepalang,
Ketika insan lain sedang berjuang,
Mereka hanya sekadar memandang.
Mereka berkata sudah aman,
Sedangkan berlaku maksiat dan kezaliman,
Mereka berkata sudah berasa senang,
Sedangkan harta negara semakin menghilang.
Ketika mereka sedang membolot harta sehingga habis,
Mereka lupa masih ramai rakyat yang mengemis,
Ketika ramai yang masih menangis dan mengemis,
Mereka masih leka menjadi pengikis.
Ketika dulu para pejuang menentang penjajah,
Namun kerana tamak habola mereka turut menjajah,
Entah kenapa ketika tamak tiada perasaan resah gelisah,
Kerana mereka negara semakin parah.
Mereka membuang nama para pejuang.
Mereka sekadar mendulang hasil pejuang.
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Post a Comment