.
Promosi
.

Duit Syiling Malaysia Siri Ke 3

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Baru-baru ini pihak Bank Negara Malaysia telah mengumumkan berkaitan tentang pengeluaran duit syiling baru dan akan bermula pada awal 2012 malah ini adalah pengeluaran baru siri ke tiga.

Hanya 4 mata wang siling mempunyai pengeluaran syiling baru dengan rekabentuk baru iaitu 50 sen , 20 sen , 10 sen dan 5 sen. Buat masa ini belum ada pengumuman pengeluaran baru duit syiling 1 sen dari Bank Negara Malaysia.

Pengeluaran duit syiling baru ini mungkin di nanti-nantikan oleh penggemar pengumpul duit syiling sebagai hobi. Bagaimana pun mungkin ia tidak dapat menandingi penggemar pengumpul dinar dan dirham , mungkin kerana nilai mengumpul dinar dan dirham lebih "berbaloi" , namun tidak semua mampu mengumpul dinar dan dirham kerana nilai harga dinar dan dirham agak tinggi dan meningkat setiap masa.

Jika diperhatikan , terdapat dua duit syiling yang berwarna emas iaitu 50 sen dan 20 sen. Sebelum ini bank negara pernah memansuhkan duit syiling seringgit atas alasan kos penghasilan adalah tinggi dan beserta alasan-alasan lain. Adakah kemungkinan suatu masa nanti duit syiling 50 sen dan 20 sen di mansuhkan juga atas alasan yang sama seperti pemansuhan penggunaan duit syiling seringgit?

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan duit syiling malaysia siri ke tiga ini klik sini.

Wallahua'lam

0 ulasan:

Design by FARISZ@AZ.Com