.
Promosi
.

Bola Sepak : Nilai Harga Tiket Itu?

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Bola Sepak : Nilai Harga Tiket Itu?

Fawwaz seorang yang amat meminati bola sepak , walaupun ia tidak pandai bermain bola namun minat ia untuk menonton pertandingan bola sepak di stadium tetap membara. Jika diikutkan hatinya ia tidak mahu ketinggalan dari melihat mana-mana pertandingan bola sepak , lebih-lebih lagi jika tandingan itu turut di sertai oleh pasukan Harimau Malaya. Disebabkan kini ketika musim cuti , maka ia bercadang untuk mengajak rakan-rakannya untuk melihat pertandingan bola sepak.

Fawwaz :  Assalamualaikum akhi , di mana?

Muadz : Wa alaikum salam. Di rumah , kenapa ye?

Fawwaz : Akhi lapang selepas zohor? Ana nak jumpa akhi , Munir dan Shazlan di kedai makan al Bidayah selepas zohor nanti. Munir dan Shazlan telah ana beritahu pada pagi tadi.

Muadz : InsyaAllah , boleh.

Selepas solat zohor mereka bertemu di kedai makan al Bidayah.
Setelah selesai makan tengahari Fawwaz memberitahu Munir , Shazlan dan Muadz berkaitan niatnya untuk mengajak tiga rakannya untuk pergi ke stadium untuk melihat pertandingan bola sepak antara Malaysia dengan Singapora.

Munir : Fawwaz , berapa harga tiket untuk masuk ?

Fawwaz : Ana dah beli 4 tiket , 1 tiket RM50 . 4 tiket jadinya RM200

Shazlan : Eh... Mahal juga ye

Fawwaz : Takde lah mahal sangat , ini pun harga termurah , lagi pun tak rugi sebab ia sumbang kepada pemain negara juga.

Muadz sekadar tesenyum kerana baginya harga tiket tersebut agak mahal dan lebih baik wang tersebut di salurkan kepada pihak yang lebih memerlukan.

Ketika itu hadir pula beberapa remaja berjubah putih yang menjual barangan dan memohon dana bantuan menghampiri mereka berempat.

Remaja : Assalamualaikum bang , kami jual cd bacaan al Quran dan mohon dana bantuan untuk pembagunan Madrasah Al Hafiz.

Muadz : Wa alaikum salam , adik bakal tahfizkan? boleh abang uji bacaan dan hafalan adik? Kalau boleh abang nak dengar bacaan surah ke 9 iaitu Surah At Taubah di ayat 20 .

Remaja : Boleh. (lalu remaja tersebut pun membaca dengan baik dan lancar)

Muadz : Baiklah dik , ni abang sedekah. Belajar baik-baiknya.

Mereka berempat menyalurkan bantuan ke remaja tersebut , bagaimana pun Fawwaz berkerut sedikit muka.

Shazlan : Kenapa Fawwaz?

Fawwaz : Rasa macam terlalu banyak kita sedekah tadi. RM5 + RM3 + RM2 + RM1 jadi RM11. Kalau sehari 100 tempat sudah jadi RM1100.

Muadz : Tidak banyak , malah terlalu sedikit yang kita sedekahkan tadi , namun jumlah wang bukan menjadi persoalan kerana yang penting sedekah tadi Lillahitaala dan kita berikan sekadar yang termampu. Harga tiket yang akhi beli jauh lebih mahal dari apa yang kita cuba kita sedekahkan tadi.

Munir : Tidaklah banyak mana , kita ni pun bukan sedekah tiap-tiap hari. Harga tiket yang kita beli jauh lebih mahal namun sedekah yang kita berikan tadi lebih bernilai. Harga tiket yang kita bayar belum pasti menjanjikan pahala ibadah namun sedekah yang diberikan tadi pasti menjanjikan pahala ibadah jika dilakukan dengan Biiznillah.

Fawwaz mendiamkan diri kerana ia tahu mungkin ia tersilap dalam berfikir.

Shazlan : Baiklah , bila kita nak gerak nanti?

Muadz : Kita gerak sebelum magrib , kita magrib dan isya' di sana boleh?. 

Shazlan , Munir dan Fawaz menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Muadz. Lalu mereka balik ke rumah masing-masing.

-----------------------------------------------------------------------

Islam bukanlah sekadar AGAMA , tetapi Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia. Tidak terlalu memberatkan dan tidak terlalu memudahkan manusia. Punca ketempangan yang sering berlaku pada individu , keluarga , masyarakat dan negara adalah apabila Islam diambil sekadar agama dan bukan cara hidup.
-----------------------------------------------------------------------

Wallahua'lam.

3 ulasan:

aizamia3 said...

betul.. setuju.. ;)

Nur Fajariah said...

tgk kat umah lagi bagus...jimat duit sikit.:)

p/s:saya bukn peminat bola.

Ruqaiyah Yusof said...

hmm..like3..pengajaran untuk kita semua..insya Allah..

Design by FARISZ@AZ.Com